PENGENALAN


Muqaddimah

Segala puji-pujian untuk Allah S.W.T. yang menguruskan segala perkara dengan tadbiran-Nya serta menghiaskan manusia dengan ilmu-Nya supaya dengan itu berbezalah antara manusia dengan makhiuk lain yang diciptakan Allah di alam ini.

Al-Quran sumber bagi hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang menyusun tingkahlaku dan akhlak manusia. Al-Quran menentukan sesuatu yang haial dan haram, apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Al-Quranmenentukan bagaimana sepatutnya kelakuan manusia. Al-Quran juga menentukan perkara yang baik dan tidak baik. Justeru itu al-Quran menjadi sumber yang menentukan akhlak dan nilai-nilai kehidupan ini.

Al-Quran mengharamkan yang buruk dan keji serta melarang manusia melakukannya. Al-Quran melarang manusia minum arak, memakan riba, bersikap angkuh dan sombong terhadap Allah, satu-satu kaum menghina kaum yang lain. Al-Quran melarang pencerobohan, fitnah dan berbunuhan. Al-Quran melarang menyebarkan maklumat mengenai perkara-perkara keji.

Al-Quran mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah S.W.T., bertaqwa kepada-Nya, mempunyai sangkaan baik terhadap-Nya. Al-Quran juga mengajak manusia berfikir, cinta kepada kebenaran, bersedia menerima kebenaran. Malah mengajak manusia supaya berilmu dan berbudaya ilmu.

Al-Quran juga mengajak manusia supaya berhati lembut, berjiwa mulia, sabar, tekun, berjihad, menegakkan kebenaran dan kebaikan. Al-Quran mengajak manusia supaya bersatupadu, berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim.

Jelaslah bahawa al-Ouran menjadi sumber nilai-nilai dan akhlak mulia. Penampilan akhlak mulia dalam al-Ouran, tidak bersifat teoritikal semata-mata, tetapi secara praktikal berdasarkan realiti dalam sejarah manusia sepanjang zaman. Al-Quran adalah sumber yang kaya dan berkesan untuk manusia memahami akhlak mulia dan menghayatinya.

Pengenalan Tahfiz Darul Muarrif

Tahfiz Darul Muarrif (TDM) telah ditubuhkan pada 21 Julai 2012 melalui sebuah mesyuarat pertama yang dihadiri seramai tujuh orang yang terdiri dari kalangan mereka yang berpengalaman dalam penubuhan dan pentadbiran sekolah. Ianya telah dipengerusikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhamad Adha Bin Boyong.

Tahfiz Darul Muarrif adalah sebuah Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran yang ditubuhkan secara persendirian sebagai memenuhi kehendak masyarakat Islam di Malaysia yang mula cenderung untuk menghayati Islam secara sempurna dan mendalam. Ia merupakan salah sebuah Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran swasta yang menekankan penghafazan 30 Juzuk Al-Quran sepenuh masa.

Tahfiz Darul Muarrif ditubuhkan di bawah pentadbiran dan pengawasan Darul Muarrif Resourses. Ia bertujuan bagi memudahkan dan melancarkan lagi sistem pentadbiran dan pengurusan Tahfiz Darul Muarrif.
Ia diasaskan bagi menunaikan fardhu kifayah iaitu mengeluarkan golongan huffaz Al-Quran dan melahirkan generasi Al-Quran yang berilmu, beramal dan istiqamah.

Kurikulum Tahfiz ini merupakan kurikulum tersendiri yang merangkumi gabungan Tahfiz, Pengajian Kitab Turath dan Ilmu Kontemporari. Sistem pembelajaran dan pengajiannya disusun khas mengikut kehendak agama bersesuaian dengan perkembangan sistem pendidikan yang ada sekarang ini.
                                  
Visi Penubuhan

Menjadikan TDM sebagai institut pengajian yg melahirkan generasi al-quran yg menguasai ilmu turath dan ilmu kontemporari.

Misi Penubuhan

Menekankan ilmu al-quran sebagai tunjang pada semua ilmu disamping mendedahkan pada pelajar ilmu dari kitab turath dalam waktu yang sama tidak meninggalkan ilmu kontemporari.

Motto

”Berilmu, Beramal dan Istiqamah”

Objektif Penubuhan
·  Melaksanakan kewajipan fardhu kifayah yang dituntut oleh Islam  dalam memelihara    kesahihan, kesucian dan keaslian Islam dan Al-quran dari sebarang penyelewengan bacaan dan penulisan.
·        
Melahirkan generasi Al-Quran dan para ulamak yang berilmu, beramal dan istiqamah menepati ciri-ciri taqwa.
·         
Melahirkan golongan yang dapat mengendalikan ilmu, amal dan istiqamah melalui hafalan Al-Quran dan ilmu-ilmu islam.
·
Menghidupkan kembali ilmu-ilmu Al-Quran serta menambah bilangan penghafaz Al-Quran yang dapat berbakti kepada agama, masyarakat dan negara.
·         
Melahirkan pemimpin yang boleh dijadikan  qudwah  dan uswah bagi  membentuk  masyarkat  demi menjamin kejayaan di dunia dan di akhirat  

Syarat Kemasukan
·        
Terbuka kepada pelajar lelaki atau perempuan berumur 10 tahun – 16 tahun ;
·         
Telah khatam bacaan al-Quran ;
·         
Boleh membaca al-Quran dengan tajwid dan kelancaran yang baik ;
·        
Minat yang mendalam dalam hafazan al-Quran dan ilmu yang lain ;
·        
Mempunyai rekod yang baik ;
·        
Berdisiplin, berdedikasi dan berakhlak mulia.






 Pengenalan ( Darul Muarrif Resources )

Darul Muarrif resousures merupakan sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Akta Penubuhan 1966. Ia didaftarkan  pada 26 Julai 2012 No. Pendaftaran 002147029-T. Pengasas dan Pengarah Darul Muarrif Resoursures ialah Ustaz Muhamad Adha Bin Boyong. Timbalan Pengarah ialah Ustaz Mohammad Izzat Bin Mohamed Ropi.

Darul Muarrif Resoursues ditubuhkan bertujuan mewujudkan sebuah Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran dan ilmu-ilmu Islam.

Disamping itu juga, Darul Muarrif Resorsuses cuba menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dengan tujuan supaya dapat memperkenalkan Darul Muarrif Resorsuses kepada masyarakat setempat khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

OBJEKTIF SYARIKAT
1.       
Sebagai pemegang amanah (trustee) yang membolehkan menerima sebarang harta wakaf samada dalam bentuk aset tetap, aset bolehubah dan dalam bentuk kewangan.
2.       
Sebagai pemegang amanah (trustee) yang bertanggungjawab ke atas pengurusan dan perkembangan pengajian Tahfiz dan ilmu-ilmu islam yang menekankan nilai-nilai Islam.
3.       
Untuk memelihara, mengembangkan dan memperbaiki sistem pembelajaran berteraskan pendidikan Islam dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah.


Penutup

Diharap dengan kewujudan Tahfiz Darul Muarrif di Selangor ini akan melahirkan lebih ramai lagi insan-insan yang menjadikan al-Quran sebagai pegangan dan panduan dalam kehidupan. Demi memastikan visi dan misi Tahfiz Darul Muarrif berjaya, maka sokongan dan dorongan dari semua pihak diperlukan.

Akhirnya, semoga Tahfiz Darul Muarrif terus cemerlang dalam mendidik umat Islam dan anak bangsa demi meraih keredhoan Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment